Thursday 23 February 2017

KARNIVAL JELAJAH USAHAWAN MITI PONTIAN



Dijemput kepada semua rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim untuk ke Karvival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 Peringkat Daerah Pontian di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.


Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.


Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

🍃 Careera Fair
🍃 Food Truck
🍃 Forum Perdana
🍃 Innorace / Infotaiment
🍃 Aktiviti Tarikan Pengunjung
🍃 Info Booth Agensi



Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

🍃 Pemeriksaan Kereta Percuma
🍃 Program Halal Cilik
🍃 Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
🍃 Mini Showcase SDSI
🍃 Pertandingan Catur Bistari
🍃 Khidmat Nasihat Keusahawanan
🍃 Cabutan Bertuah



Jadi, jangan lupa datang ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 . Jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga tersayang.


Saudara dan saudari juga dipersilakan hadir ke Perasmian Jelajah Usahawan MITI 2017 jam 9:30 pagi pada hari Sabtu (25 Februari 2017) bertempat di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian. Acara ini akan dirasmikan sendiri oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Post a Comment

0 comments:



 
Copyright 2017 @PKS Parlimen Pontian P164 | All Right Reserved
Designed By NSMF | Powered By
Blogger.com