Friday 24 February 2017

PERASMIAN JELAJAH USAHAWAN MITI 2017


Tanggal 25 Februari iaitu pada hari Sabtu, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jelajah Usahawan MITI dan Agensi 2017. 


Majlis ini telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bertempat di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, JOHOR DARUL TAKZIM.







Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh pelbagai masyarakat umum, bukan sahaja masyarakat Daerah Pontian sahaja yang hadir, malah dari semua daerah yang sama - sama menjayakan majlis perasmian ini. 









Diharapkan agar program ini memberi banyak manfaat buat rakyat jelata Johor khasnya di Daerah Pontian. 

Suasana di sepanjang JELAJAH USAHAWAN MITI 2017













Thursday 23 February 2017

KARNIVAL JELAJAH USAHAWAN MITI PONTIAN



Dijemput kepada semua rakyat jelata negeri Johor Darul Takzim untuk ke Karvival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 Peringkat Daerah Pontian di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari ini dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.


Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari.


Di sepanjang karnival berlangsung, rakyat jelata berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat handai.


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :

🍃 Careera Fair
🍃 Food Truck
🍃 Forum Perdana
🍃 Innorace / Infotaiment
🍃 Aktiviti Tarikan Pengunjung
🍃 Info Booth Agensi



Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakan rakyat jelata datang berkunjung , seperti :

🍃 Pemeriksaan Kereta Percuma
🍃 Program Halal Cilik
🍃 Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
🍃 Mini Showcase SDSI
🍃 Pertandingan Catur Bistari
🍃 Khidmat Nasihat Keusahawanan
🍃 Cabutan Bertuah



Jadi, jangan lupa datang ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & AGENSI 2017 . Jangan lepaskan peluang untuk bersama - sama memeriahkan lagi karnival ini bersama keluarga tersayang.


Saudara dan saudari juga dipersilakan hadir ke Perasmian Jelajah Usahawan MITI 2017 jam 9:30 pagi pada hari Sabtu (25 Februari 2017) bertempat di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian. Acara ini akan dirasmikan sendiri oleh Y.B Datuk Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.


Perniagaan Benang Serat Nanas


Mungkin anda di luar sana yang ingin dapatkan produk eklusif. Di Perniagaan Benang Serat Nanas, anda boleh dapatkan tali leher dan juga samping yang berasaskan benang serat nanas.


Perniagaan ini diasaskan sendiri oleh Puan Munah binti Abd. Kadir.


Di sini juga anda boleh buat tempahan, sesuai untuk dikenakan di setiap majlis keraian.

Di sini kami hidangkan pelbagai contoh rekaan yang disediakan.




Mungkin anda boleh terus ke sana untul membuat tempahan , alamat tertera di bawah :

Perniagaan Benang  Serat Nanas M & Z.Alamat niaga No5 Jln Dewan Mara Pontian.

Atau boleh juga hubungi talian nombor telefon :

01127770656

MADU KELULUT & KUAH ROJAK MADU KELULUT


Ramai di antara masyarakat luar sana yang mungkin tertanya - tanya, mana nak cari madu kelulut yang benar - benar asli ? Di sini terjawab persoalannya. Bukan itu sahaja. Malah, syarikat ini juga mengeluarkan kuah rojak madu kelulut!!

Hj.Abd Samad Sikon telah menjalankan syarikat beliau iaitu Siti Noor Umairah Enterprise.

No. ssm  : JM 0764129


Syarikat ini mengeluarkan pelbagai produk Melayu, antaranya :

🌿 Madu Kelulut
🌿 Kuah Rojak Madu Kelulut
🌿 Burasak
🌿 Lepat loi
🌿 Asam pedas ikan
🌿 Terubuk sardin

Harga bagi Madu Kelulut adalah seperti di bawah :

1. Saiz besar 500g/RM 100
2. Saiz sederhana 300g/RM 65.
3. Saiz kecil 130g/RM 30

Produk - produk di atas sedia untuk diambil tempahan bagi sebarang jamuan dan majlis.


Lokasi yang boleh anda ke sana di alamat seperti berikut :

No 108, Kampung Permatang Duku, Benut.

Atau boleh juga hubungi talian di bawah :

019 7445540

PUSAT RAWATAN HIKMAH NUR KARAMAH


Nama pengasas : KHAIRUL AQMAL B. MOHAMAD JAHIS

SYARIKAT : PUSAT RAWATAN HIKMAH NUR KARAMAH
(JM 0673784-W)


PERKHIDMATAN yang disediakan :

- RAWATAN ISLAM TRADISIONAL
- BEKAM LELAKI PEREMPUAN
- URUTAN LELAKI PEREMPUAN


Selain membuat rawatan, syarikat ini juga membekal/menjual Garam Bukit Aura Hikmah Nur Mandian Aura/Rendaman Kaki Terapi Ais Garam/Garam Masakan.

Harga bagi 1 botol Garam Ruqyah RM 27.00 / 500gram. Stokis Dan Agen setiap Daerah Diperlukan,  Perawat akan hadir ke Stokis untuk membuat rawatan perdana.

Untuk keterangan lanjut , sila terus ke facebook HIKMAH NUR

Atau boleh juga terus ke lokasi bertempat di :

NO 5 JALAN BENUT UTAMA 6,  TAMAN BENUT UTAMA,  82200 BENUT PONTIAN JOHOR.

 
Copyright 2017 @PKS Parlimen Pontian P164 | All Right Reserved
Designed By NSMF | Powered By
Blogger.com